Dec 31, 2012

2012: Mekar Goes International!

Gempaq kan title posting ni...?
Bukan apa..sepanjang tahun 2012, Mekar amat berbesar hati dengan sambutan para pembeli, pembaca blog dan pengikut akaun facebook Mekar.

Sampaikan ada yang membawa baju renang  Mekar semasa bercuti di luar negara..

Seperti Datin Norizan (dua dari kiri) dan keluarga yang bercuti di Krabi, Thailand khabarnya. Beliau dan anak-anak gadisnya adalah antara pelanggan Mekar yang terawal!

Dan juga Puan Norhimah yang telah menggayakan baju renang muslimah Mekar di Nusa Dua, Bali. Hebat Sis Imah nak pergi snorkelling tu..

Mekar ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan anda semua sepanjang tahun 2012.

Dan pada tahun 2013, ayuh kita amalkan gaya hidup sihat disamping keluarga tercinta. Moga cergas dan ceria sentiasa!

*Picture credits to Datin Norizan Abdul Razak dan Puan Norhimah Aziz,  Persatuan E-Usahawan Wanita Malaysia (EWA)

Dec 29, 2012

Masih mood holiday!


Walaupun cuti sekolah tinggal berapa hari lagi, Cik Abang ni masih ingin ke swimming pool sebab ibunya dah beli baju renang dari koleksi Mekar untuk kanak-kanak lelaki. Bolehlah, ibu!! :))

Info tentang baju renang lelaki ada di SINI.

Dec 24, 2012

Untuk Kaum Adam..

Salam cuti hujung tahun, semua!

Selalu sang suami kata kalau beli online je, mesti baju perempuan atau anak-anak. Nah Mekar Collections ada koleksi baju renang lelaki pulak.

 
Ciri-ciri Baju Renang Lelaki

•Baju Renang diperbuat daripada spandex/ elastane/lycra. Fabrik yang sama sepertimana baju renang di pasaran.
•Potongan baju adalah lurus dan longgar, tidak terlalu ketat.
•Terdapat dalam saiz S hingga XXXL. Disertakan baju lengan pendek dan seluar panjang. Berbagai corak dan saiz.