Dec 31, 2012

2012: Mekar Goes International!

Gempaq kan title posting ni...?
Bukan apa..sepanjang tahun 2012, Mekar amat berbesar hati dengan sambutan para pembeli, pembaca blog dan pengikut akaun facebook Mekar.

Sampaikan ada yang membawa baju renang  Mekar semasa bercuti di luar negara..

Seperti Datin Norizan (dua dari kiri) dan keluarga yang bercuti di Krabi, Thailand khabarnya. Beliau dan anak-anak gadisnya adalah antara pelanggan Mekar yang terawal!

Dan juga Puan Norhimah yang telah menggayakan baju renang muslimah Mekar di Nusa Dua, Bali. Hebat Sis Imah nak pergi snorkelling tu..

Mekar ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan anda semua sepanjang tahun 2012.

Dan pada tahun 2013, ayuh kita amalkan gaya hidup sihat disamping keluarga tercinta. Moga cergas dan ceria sentiasa!

*Picture credits to Datin Norizan Abdul Razak dan Puan Norhimah Aziz,  Persatuan E-Usahawan Wanita Malaysia (EWA)